Skip to main content

Posts

Kias Timbal

Pipit teruna bermimpi panjang Mimpinya langsung dibawa siang Tiadalah guna menjadi enggang Sayapnya agung tak bisa terbang Di balik tabir mengasah belati Belati rasa nan hampir mati Biar ke akhir terus menanti Asalkan tidak binasa hati Kalau diajar meraut bilah Diraut galah seligi armada Bukan dibiar bertepuk sebelah Sayap nan patah bunyinya tiada Kalau pun sudah gunung dipaut Pipit mahu menagih ribut Kalau pun mudah hati menyahut Belum tentu kasih bersambut Pipit berbedak berbayang serindit Berpegang kasih menelan arang Mahu dan tidak berkalang himpit Enggang masih jalannya seorang

Ini bukan soneta

Malam bulan separa bundar Angin panas menerobos gebar Hujan petang pergi tanpa khabar Irama kelab jazz sebelah nada gusar Selang seli tepuk sorak tanpa sabar Jerit lolong pemabuk separuh sedar Di balik dinding sebelah lorong Bennetts Sepasang mata setia di jendela Merenung kisah manusia Saban siang dusta saban malam pesta Mahu digubah menjadi sonet Bersama nota-nota cinta monyet Abadi dalam lipatan benci Muka surat sebuah diari Di tingkatan rak sebuah meja sisi Esoknya mungkin tak lagi di sini.  20092011 Kiambang

Usiran

Jika aku bisa terbang Pasti jauh aku melayang Tiada nyata kau memandang yang tinggal hanya bayang Syairku pasti bisu tak siapa akan merindu ceritaku pasti semu tak siapa ingin tahu Bila malam datang, aku menjadi bayang Pasti hitam melindung aku Bila siang bertandang, aku menjadi bintang Pasti matahari memadam sinarku Ketahuilah sayang, digalasku berguni cita sambil langkahku memburu cinta dan kudrat datang dari jiwa jiwa terdalam tak terdasar di mata Ketahuilah aku tidak sama seperti mawar nan merah sekalipun berakarkan pohon nan gah berasal dari taman nan indah Aku hanyalah Penyair sumbang Penari pincang Pelukis gersang dalam dunia seorang tetapi di sini, Aku tenang. kiambang 16112009 :: mungkin aku hanya salah seorang dari mereka yang mengenali dunia 4 dimensi.... dan kamu jangan pernah berharap bisa mengenali aku, kerana kamu mengenali keluarga ku::

antara aku dan matahari

hari ini, aku bertembung dengan matahari sungguh indah wajah berseri-seri padanya, sebaris senyum ku beri lalu ku tanya khabarnya pelangi si matahari terhenti senyumnya tiba-tiba mati dan tiada jawab diberi lalu sekali lagi, aku bertanya... "hei matahari apa khabar pelangi?" lembut, bahuku dipaut pandangan kami bertaut lalu matahari mula menyahut "aku datang padamu, dinginmu ku selimut... dan cahaya ku kau sambut... tapi mengapa.. mengapa pelangi yang sering kau sebut..??? sedang datangnya selepas ribut, juga dia memerlukan aku untuk berpaut" pada seraut wajah matahari ku renungi rasa bersalah mula memenuhi namun aku reda sendiri lalu bicara ku lagi... "hei matahari, bukankah kau bagiku selalu di sisi? bukankah, kau akan sering kembali? bukankah pabila kau pergi, aku menyeru kau kembali?" "hei matahari, aku tidak perlu bertanya tentang dirimu kerana kau selalu ada kerana sinar mu tidak akan reda... sedang pelangi, da...

Rumah itu

Ada sebuah rumah yang luar biasa rekaanya, sungguh indah. Rumah itu terbahagi kepada beberapa ruang, seperti kebiasaan sebuah rumah. Bergantung pada pergerakan dalam rumah tersebut, luaranya berubah-rubah. Sewaktu awal terbinanya rumah itu, kebersihan dan keindahan selalu terjaga. Lamannya indah tanpa cela Malam-malamnya bersinar bagai mutiara bercahaya Ruang dalam menjanjikan kehidupan yang sungguh selesa Ah, sungguh... rumah itu idaman sesiapa. Namun rumah itu, sampai bila-bilapun tuanya tetap sama. Rumah itu miliknya atas nama dan nyata, sekalipun kadang-kadang dia merasa jemu. Semakin lama dia menghuni rumah itu semakin banyak perubahan yang berlaku Ada masa,dia sungguh malas mengemas rumah itu Dibiar dipenuhi habuk dan debu Namun, pabila nafas menjadi sebu Baharulah tersedar lantas menyapu Tidak kurang juga hari-hari yang dia menjadi rajin tidak menentu Tidak dibiar sebarang sawang mahupun debu Digilap segala perabot dan pasu Dihias dinding dengan lukisan-luk...

Ada Seorang Abang

Ada seorang abang Kadang-kadang Suka marah, sungguh garang Ada seorang abang Suka ketuk suka luku kata-kata... Aduh mak, menikam ke kalbu! Ada seorang abang Panggil sayang? Ah... amatlah jarang Ajak bersembang? Ceritanya panjang, hujungnya hilang Ada seorang abang Disanggahnya pantang Mahunya selalu menang Ada seorang abang Tiadalah disanjung ramai orang Tiada disorak saat bertandang Namun suatu saat yang gersang Ada seorang adik menjadi hilang Dialah seorang abang yang datang Menghulur sayang Memaut pulang Dan... Dihati adiknya Dialah bintang.... -kiambang- 06102009 ::Aku tuliskan buatmu, abang... Aku mungkin bukan adik yang terbaik... dan aku mungkin tidak akan mampu membalas budimu... Aku cuma mahu kau tahu... untukku, kaulah bintang...::