Blogger Template by Blogcrowds

20091226

Dear Sir!

Dear sir with charm and dignity
Shall I let you know a little about me?
I am neither good nor pretty
Possess not any property
Nor represent any symbol of piety

All that you see is a glimpse of popularity
A thing that belongs not to me

Let me tell you a little about me
I have no mercy or sympathy
For a heart is not a charity
For me to bestow on many
out of my deepest generosity

Let me tell you a little more about me
I have no affection towards popularity
For a heart is not a trophy
For you to triumph over many
Hence, exhibit its meaningless beauty

Dear sir with charm and dignity
I deliver to you my greatest apology
Because my eyes refuse to see
That there’s in you honesty

Kiambang
25122009

20091202

Pantang Larang Berdagang

Kita orang dagang
Ada ruang, kita bertamu
Ada hidang, kita menjamu
Ada peluang, kita berilmu

Kita orang dagang
Pada matahari, senyum selalu
Pada bintang, tunjuk lalu
Pada angin, lagukan rindu

Ada laut direnangi
Ada gunung didaki

Tapi apabila di hati
Ada hasrat dinanti

Ada laut direnungi
Ada gunung dihindari

Kerana waktunya
Belum tiba lagi

Kerana waktunya
Urusan Ilahi.

Kiambang
12022009


:: Orang dagang kena banyak. bersabar... biar simpan dalam... jangan biar kapal tenggelam.... sudah sampai di pelabuhan, baharulah lahirkan yang tersulam... Orang dagang, jangan langgar pantang larang..::

20091127

Kias Timbal

Pipit teruna bermimpi panjang
Mimpinya langsung dibawa siang
Tiadalah guna menjadi enggang
Sayapnya agung tak bisa terbang

Di balik tabir mengasah belati
Belati rasa nan hampir mati
Biar ke akhir terus menanti
Asalkan tidak binasa hati

Kalau diajar meraut bilah
Diraut galah seligi armada
Bukan dibiar bertepuk sebelah
Sayap nan patah bunyinya tiada

Kalau pun sudah gunung dipaut
Pipit mahu menagih ribut
Kalau pun mudah hati menyahut
Belum tentu kasih bersambut

Pipit berbedak berbayang serindit
Berpegang kasih menelan arang
Mahu dan tidak berkalang himpit
Enggang masih jalannya seorang

20091120

Ini bukan soneta

Malam bulan separa bundar
Angin panas menerobos gebar
Hujan petang pergi tanpa khabar
Irama kelab jazz sebelah nada gusar
Selang seli tepuk sorak tanpa sabar
Jerit lolong pemabuk separuh sedar

Di balik dinding sebelah lorong Bennetts
Sepasang mata setia di jendela
Merenung kisah manusia
Saban siang dusta saban malam pesta

Mahu digubah menjadi sonet
Bersama nota-nota cinta monyet

Abadi dalam lipatan benci
Muka surat sebuah diari
Di tingkatan rak sebuah meja sisi
Esoknya mungkin tak lagi di sini.

 20092011
Kiambang

20091116

Usiran

Jika aku bisa terbang
Pasti jauh aku melayang
Tiada nyata kau memandang
yang tinggal hanya bayang

Syairku pasti bisu
tak siapa akan merindu
ceritaku pasti semu
tak siapa ingin tahu

Bila malam datang, aku menjadi bayang
Pasti hitam melindung aku
Bila siang bertandang, aku menjadi bintang
Pasti matahari memadam sinarku

Ketahuilah sayang,
digalasku berguni cita
sambil langkahku memburu cinta
dan kudrat datang dari jiwa
jiwa terdalam tak terdasar di mata

Ketahuilah
aku tidak sama
seperti mawar nan merah
sekalipun berakarkan pohon nan gah
berasal dari taman nan indah

Aku hanyalah
Penyair sumbang
Penari pincang
Pelukis gersang
dalam dunia seorang

tetapi di sini,
Aku tenang.


kiambang
16112009

:: mungkin aku hanya salah seorang dari mereka yang mengenali dunia 4 dimensi.... dan kamu jangan pernah berharap bisa mengenali aku, kerana kamu mengenali keluarga ku::

20091110

tanya

pernah ada tanya?
di sudut hati yang amat dalam...
mana putih, mana hitam
mana sayang, mana dendam
pernah ada tanya?

kiambang
10112009

20091019

antara aku dan matahari

hari ini, aku bertembung dengan matahari
sungguh indah wajah berseri-seri
padanya, sebaris senyum ku beri
lalu ku tanya khabarnya pelangi

si matahari terhenti
senyumnya tiba-tiba mati
dan tiada jawab diberi

lalu sekali lagi,
aku bertanya...
"hei matahari apa khabar pelangi?"

lembut, bahuku dipaut
pandangan kami bertaut
lalu matahari mula menyahut

"aku datang padamu, dinginmu ku selimut...
dan cahaya ku kau sambut... tapi mengapa..
mengapa pelangi yang sering kau sebut..???
sedang datangnya selepas ribut,
juga dia memerlukan aku untuk berpaut"

pada seraut wajah matahari ku renungi
rasa bersalah mula memenuhi
namun aku reda sendiri
lalu bicara ku lagi...

"hei matahari, bukankah kau bagiku selalu di sisi?
bukankah, kau akan sering kembali?
bukankah pabila kau pergi, aku menyeru kau kembali?"

"hei matahari, aku tidak perlu bertanya tentang dirimu
kerana kau selalu ada
kerana sinar mu tidak akan reda...
sedang pelangi, datangnya sekali-sekali
belum reda rindu sudah dia pergi..."

awan putih di sisi matahari berhenti menari
datang awan hitam bersilih ganti
membawa pergi si matahari
semuanya... tiba-tiba terhenti.

lalu
menangis langit atas kebiadaban seorang manusia
yang sering mendambakan yang tiada.

sungguhpun matahari sembunyi diri
namun aku masih tidak peduli
sebaliknya berpesta dirimbuni hujan yang tak mahu henti
lalu didatangkan pelangi
supaya damai sebuah rindu di hati...

dan...
saat aku menatap pelangi
hatiku merindui matahari.

kiambang
19102009

::kita sering tidak menghargai segala perkara yang ada di sisi..biarpun selalunya, kita tahu... bahawa kita akan kehilangan apabila perkara itu tiada... seperti mana seorang teman... susah kita menghargai kerana kita tahu dia selalu ada bersama, bahkan kdg-kdg kita mengharapkan teman yg lebih baik... namun pabila tiba-tiba dia pergi, dan sekalipun yang datang lebih baik, atau lebih kita mahu.... tp pada dia, tetap akan kita rindu...
seperti, rindunya aku pada matahari::

20091007

Rumah itu

Ada sebuah rumah yang luar biasa rekaanya, sungguh indah.
Rumah itu terbahagi kepada beberapa ruang, seperti kebiasaan sebuah rumah.
Bergantung pada pergerakan dalam rumah tersebut, luaranya berubah-rubah.

Sewaktu awal terbinanya rumah itu, kebersihan dan keindahan selalu terjaga.
Lamannya indah tanpa cela
Malam-malamnya bersinar bagai mutiara bercahaya
Ruang dalam menjanjikan kehidupan yang sungguh selesa
Ah, sungguh... rumah itu idaman sesiapa.

Namun rumah itu, sampai bila-bilapun tuanya tetap sama.
Rumah itu miliknya atas nama dan nyata, sekalipun kadang-kadang dia merasa jemu.
Semakin lama dia menghuni rumah itu semakin banyak perubahan yang berlaku

Ada masa,dia sungguh malas mengemas rumah itu
Dibiar dipenuhi habuk dan debu
Namun, pabila nafas menjadi sebu
Baharulah tersedar lantas menyapu

Tidak kurang juga hari-hari yang dia menjadi rajin tidak menentu
Tidak dibiar sebarang sawang mahupun debu
Digilap segala perabot dan pasu
Dihias dinding dengan lukisan-lukisan mahal dan baru

Pelbagai manusia datang dan berlalu
Ada yang hanya sebentar bertamu
Ada juga yang lama menumpang
Tidak kurang ramai yang sering lalu lalang
Pernah rumah itu menjadi persinggahan lama seseorang
Sehingga seolah-olah telah menguasai sebuah ruang

Namun sayang...
Ruang yang diberi milik menjadi tidak terurus
Dicemari dengan sampah dan hingus
Lalu, dia pemilik rumah menyuruh berambus
Kerana jika dibiar, dalam kotoran rumah itu terkambus

Dibalik rasa jemu dengan rumah itu, semakin hari semakin sayang
Semenjak perginya orang menumpang
Dia si pemilik rumah tinggal seorang
Menghabiskan masa menggilap kesan kotoran hingga hilang

Rumah itu kembali menjadi terang
Dia merasa sungguh indah dan tenang
Tak perlu lagi menegur dan mengarah orang
Semata-mata untuk menjaga sebuah ruang

Rumah itu kini indah
Ya, sekali sekala apabila malasnya tiba
Adalah sedikit dua celanya
Namun kemudian sedaya upaya dicuci semula
Dia menjadi semakin rajin menjaga
Cuma kadangkala kemalangan kecil terjadi jua
Seperti, tertumpahnya secawan kopi di ambal putih di tepi meja

Juga...
Dia semakin suka membiarkan lamannya merimbun
Dengan dipenuhi bunga pelbagai warna dan juga daun
Sehingga tersembunyi dalam indahnya samun

Masih ramai manusia yang lalu lalang
Cuma sudah tidak ramai yang memandang
Kerana yang terlihat, hanya pohonon yang menghutan
Bukan rumah yang mempesonakan

Dia tidak peduli
Kerana baginya, pasti..pasti nanti
Ada yang bakal lalu dan terhenti
Menyaksi sebuah rumah di balik laman misteri

Cuma.... sekali lagi cuma...
Kadang-kadang, dia merasa sunyi
dan sebuah ruang yang dijaga dan dikunci rapi
minta diisi...

Kiambang
07102009

20091006

Ada Seorang Abang

Ada seorang abang
Kadang-kadang
Suka marah, sungguh garang

Ada seorang abang
Suka ketuk suka luku
kata-kata...
Aduh mak, menikam ke kalbu!

Ada seorang abang
Panggil sayang?
Ah... amatlah jarang
Ajak bersembang?
Ceritanya panjang, hujungnya hilang

Ada seorang abang
Disanggahnya pantang
Mahunya selalu menang

Ada seorang abang
Tiadalah disanjung ramai orang
Tiada disorak saat bertandang

Namun suatu saat yang gersang
Ada seorang adik menjadi hilang
Dialah seorang abang yang datang
Menghulur sayang
Memaut pulang

Dan...

Dihati adiknya
Dialah bintang....

-kiambang-
06102009

::Aku tuliskan buatmu, abang... Aku mungkin bukan adik yang terbaik... dan aku mungkin tidak akan mampu membalas budimu... Aku cuma mahu kau tahu... untukku, kaulah bintang...::

20090906

Maaf

masih aku simpan cerita itu
di dalam kotak hitam di bawah tilam

masih aku simpan senyum itu
di dalam bekas emas berbalut kertas

masih aku simpan suara itu
di dalam balang kaca di atas meja

cuma, aku pura-pura lupa
          pura-pura suka
          pura-pura senja
          pura-pura buta
cuma aku...

mata aku lagi buru mencari kamu
saat pandang tiada  tamu
labirin aku lagi sepi
mahu dengar bisik hatimu
hati aku lagi rindu
saat senyummu menjadi beku

cuma...
lidah aku lagi kelu...
tidak bisa bertanya...
teman, bagaimana harimu?

maka,
maafkan aku...

-kiambang-
06092009

::moga ramadhan mu lebih sempurna.... dan moga diam tidak memadamkan ukhwah yg semakin matang usianya..moga ada maaf untukku yg tidak bisa sempurna tingkah dan cara...::

20090814

Kambing

hei kamu
matahari terang
hari sudah siang

"aku tak peduli"

hei kamu
ternganga sudah pintu kandang
kambing nanti hilang
"aku tak peduli"

hei kamu
kambing meliar ke rumah jiran
kelak dimamah segala tanaman
"aku tak peduli"

hei kamu
datang mengadu Pak Samat
bunga kertas diragut lumat
"aku tak peduli"

hei kamu
sudah petang
kambing belum pulang
"aku tak peduli"

hei kamu
awan hitam, langit kelam
mungkin hujan nanti malam
"aku tak peduli"

hei kamu
malam sudah lewat
hujan amat lebat
"aku tak peduli"

hei kamu
pergi mati
aku benci
"......................."

kiambang
14082009

20090710

Ai ling

diinspirasikan daripada irama ini:


Ai ling
anak cina tanjung pinang
merenung langit petang
menanti baba pulang

Ai ling
anak cina rambut bertocang
bermain seorang
dengan patung hitam arang
dan basikal usang
yang sebentar tadi, baba bawa pulang

Ai ling
ke dapur menolong niang
meniup dapur kayu
muka hitam penuh abu
dibersih di air lalu
pipi itu kembali gebu

Ai ling
mahu ke sekolah
mahu belajar kira-kira
bila besar, duit berjuta Ai ling mahu punya
mahu beri pada niang, mahu beri pada baba
basikal baba mahu Ai ling tukar kereta

Ai ling
punya ramai kawan
mereka semua orang pekan
kotak pensil boleh ditekan-tekan
bukan kain jahitan seperti yang Ai ling punya
beg mereka bukan sekadar jenama Swan
bukan juga berhias tampalan seperti yang Ai ling punya

Ai ling
di suatu ruang di pasar tani
semeja sayur Ai ling jagai
datang Mak Limah, Mak Senah, Mak Biah dan Pak Ali
membeli, Ai ling menjumlah sepantas kuda lari
Ai ling sering dipuji, anak bijak kata mereka
anak cina, maka dia pandai kira-kira
Ai ling senyum sahaja, tampak dua gigi kapaknya

Ai ling
di sekolah sering dapat nombor satu
tetapi tidak dapat ke sekolah berasrama
kerana Ai ling harus tolong baba dan niang juga
Ai ling ke sekolah biasa dan terus menjadi juara

suatu hari
Ai ling terjaga lewat malam
keliling Ai ling hanya api
dari celahan dinding runtuh, Ai ling lari
dan pabila api itu henti
niang dan baba, tiada lagi
Ai ling kini sendiri
tak punya siapa-siapa lagi

Ai ling
ke rumah Mak Limah meminta simpati
tapi rumah itu berkunci
ke rumah Mak Senah dia pergi
rumah itu juga sepi
mujur ada Mak Biah dan Pak Ali
lalu Ai ling dijemput mari

Ai ling
kini anaknya Mak Biah dan Pak Ali
sungguh mereka baik sekali
manakan sama niang dan baba sendiri
Ai ling sungguh terhutang budi
cita digalas bersama luka di hati

Ai ling
mata sepet tapi tidak pejam depan ilmu
hidung penyet tapi tidak kalah menghidu peluang
mulut tipis tapi petah pada kata
sayangnya bila dipuncak dia berada
niang dan baba sudah tiada

Ai ling
kini usia dua puluh lapan
di syarikat besar dia berjawatan
pada Mak Biah dan Pak Ali, rumah banglo Ai ling hadiahkan

Ai ling
mata masih sepet seperti dulu
cuma senyum bertambah ayu
dan di kepalanya, sehelai selendang
tidak pernah lekang.


Kiambang
10072008

:: Ini cubaan menulis secara bersahaja, gabungan prosa+puisi... bahasanya mudah supaya tiada yang harus menggunakan kamus dewan untuk memahami, ceritanya ringan... sungguh, tulisan ini sangat bersifat eksperimental.. tetapi pada setiap perenggan ada sesuatu hakikat yang aku maknakan.. seperti biasa... hanya yang mengerti bisa dimengertikan...

20090623

ajari aku menari

intaian dari jendela seni
tampak wajah penuh misteri
seperti mirat cinta yang retak
berbirat luka nan sebak
namun masih anggun dibias cahaya
kilau tetap memukau mata

tak terpaling tatap
pada redup mata dihadap
pada indah tari dirai
pada lunak suara menyanyi
apa azimat dilempar
hingga nurani diamuk gentar

.........

jendela terkuak
sejengkal merangkak
seanjak menapak
ke pentas seni
ingin turut menari
kendati janggal kaki berdiri

..........

menemani, adakah sudi?

kiambang
23062007

:: alam seni... aku orang baru.. baru mula, belum tahu, lambat reti... namun tidak ingin terus di lembah ini.. puncak ingin ku daki... seni aspirasi diri... ajari aku siapa yang sudi~

20090618

aku yang rindu

apa khabar bangsaku
sayup suara kau lagukan bernada sayu
apa berita gembira dicanang hanya palsu
gembar-gembur anakmu menjadi wira melayu
apa semua hanya tokong batu
sekadar gah untuk sejeda waktu
lalu dikubur di dalam kuil berdebu

dari intaian rindu aku menatap
redup wajahmu mamanggil ratap
pada belikat cita-cita yang ranap
dipendam mimpi menjadi misteri
menjelma karutan mistik nan ngeri

tamadun menua tanpa jiwa
ruhmu koma dalam dakapan masa
tinggal jasad kosong tiada makna
keris sakti sekadar pusaka
tersisip rapi tiada gunanya

pundak mu tegak tak mampu berpencak
wajahmu mu segak tingkahmu tidak bijak
suara mu lunak lagumu tidak enak
ke mana gah keramat dicampak
mengapa sumpah tidak ditebak

gemiring air matamu tak terseka
mengapa dibiar laknat menyiksa
sedang kau punya asa dan daya
menyeru pulang ruhmu nan mulia

pangku wajahmu nan layu
tak ke puncak ratapmu itu
andai ayun langkah tidak menyatu

bangsaku
teriakmu biar gentar beribu batu
khidmatmu biar ke segenap benua bertamu
namun jangan buru disaba nafsu
rebahkan pada pedoman yang satu

apa khabar bangsaku
sekalung doa dari aku yang rindu
moga senyum hadir pada seraut wajah itu.

-kiambang-
1237am 18062008
melbourne

20090616

Hujan diam

hujan diam
menyanyi di labirin hati
rintik merintis sayu dan rindu
membawa aku
terkenang kamu

dalam lamunan tampak balam
kamu hadir dengan senyum amat dalam
sedalam rahsia yang kamu kunci semalam
tidak bisa aku selam
tidak bisa aku faham

hujan diam
terus menari berlantaikan atap usang
di mana pernah kita bertandang
bersama mengira bintang
dan aku pernah berkata
"kejora kerdil itu adalah aku,
purnama gah itu kamu"
kerna kamu akan sunyi tanpa aku
tetapi aku tidak bisa sinar tanpa kamu

hujan diam
dinginnya kejam
membekukan citra yang baru mula
membunuh lagu dan irama
yang aku dan kamu nyanyikan bersama
membawa kamu kabut di balik awan
tiada terintai pada penglihatan

mungkin jua hujan diam ini selamanya
tetapi mentari semalam masih aku simpan sinarnya.

-kiambang-
16062009

:: persahabatan, nilainya lebih dari sebuah kenangan...

Older Posts