Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

antara aku dan matahari

hari ini, aku bertembung dengan matahari sungguh indah wajah berseri-seri padanya, sebaris senyum ku beri lalu ku tanya khabarnya pelangi si matahari terhenti senyumnya tiba-tiba mati dan tiada jawab diberi lalu sekali lagi, aku bertanya... "hei matahari apa khabar pelangi?" lembut, bahuku dipaut pandangan kami bertaut lalu matahari mula menyahut "aku datang padamu, dinginmu ku selimut... dan cahaya ku kau sambut... tapi mengapa.. mengapa pelangi yang sering kau sebut..??? sedang datangnya selepas ribut, juga dia memerlukan aku untuk berpaut" pada seraut wajah matahari ku renungi rasa bersalah mula memenuhi namun aku reda sendiri lalu bicara ku lagi... "hei matahari, bukankah kau bagiku selalu di sisi? bukankah, kau akan sering kembali? bukankah pabila kau pergi, aku menyeru kau kembali?" "hei matahari, aku tidak perlu bertanya tentang dirimu kerana kau selalu ada kerana sinar mu tidak akan reda... sedang pelangi, da

Rumah itu

Ada sebuah rumah yang luar biasa rekaanya, sungguh indah. Rumah itu terbahagi kepada beberapa ruang, seperti kebiasaan sebuah rumah. Bergantung pada pergerakan dalam rumah tersebut, luaranya berubah-rubah. Sewaktu awal terbinanya rumah itu, kebersihan dan keindahan selalu terjaga. Lamannya indah tanpa cela Malam-malamnya bersinar bagai mutiara bercahaya Ruang dalam menjanjikan kehidupan yang sungguh selesa Ah, sungguh... rumah itu idaman sesiapa. Namun rumah itu, sampai bila-bilapun tuanya tetap sama. Rumah itu miliknya atas nama dan nyata, sekalipun kadang-kadang dia merasa jemu. Semakin lama dia menghuni rumah itu semakin banyak perubahan yang berlaku Ada masa,dia sungguh malas mengemas rumah itu Dibiar dipenuhi habuk dan debu Namun, pabila nafas menjadi sebu Baharulah tersedar lantas menyapu Tidak kurang juga hari-hari yang dia menjadi rajin tidak menentu Tidak dibiar sebarang sawang mahupun debu Digilap segala perabot dan pasu Dihias dinding dengan lukisan-luk

Ada Seorang Abang

Ada seorang abang Kadang-kadang Suka marah, sungguh garang Ada seorang abang Suka ketuk suka luku kata-kata... Aduh mak, menikam ke kalbu! Ada seorang abang Panggil sayang? Ah... amatlah jarang Ajak bersembang? Ceritanya panjang, hujungnya hilang Ada seorang abang Disanggahnya pantang Mahunya selalu menang Ada seorang abang Tiadalah disanjung ramai orang Tiada disorak saat bertandang Namun suatu saat yang gersang Ada seorang adik menjadi hilang Dialah seorang abang yang datang Menghulur sayang Memaut pulang Dan... Dihati adiknya Dialah bintang.... -kiambang- 06102009 ::Aku tuliskan buatmu, abang... Aku mungkin bukan adik yang terbaik... dan aku mungkin tidak akan mampu membalas budimu... Aku cuma mahu kau tahu... untukku, kaulah bintang...::