20091120

Ini bukan soneta

Malam bulan separa bundar
Angin panas menerobos gebar
Hujan petang pergi tanpa khabar
Irama kelab jazz sebelah nada gusar
Selang seli tepuk sorak tanpa sabar
Jerit lolong pemabuk separuh sedar

Di balik dinding sebelah lorong Bennetts
Sepasang mata setia di jendela
Merenung kisah manusia
Saban siang dusta saban malam pesta

Mahu digubah menjadi sonet
Bersama nota-nota cinta monyet

Abadi dalam lipatan benci
Muka surat sebuah diari
Di tingkatan rak sebuah meja sisi
Esoknya mungkin tak lagi di sini.

 20092011
Kiambang

No comments:

Post a Comment