Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Ai ling

diinspirasikan daripada irama ini: Ai ling anak cina tanjung pinang merenung langit petang menanti baba pulang Ai ling anak cina rambut bertocang bermain seorang dengan patung hitam arang dan basikal usang yang sebentar tadi, baba bawa pulang Ai ling ke dapur menolong niang meniup dapur kayu muka hitam penuh abu dibersih di air lalu pipi itu kembali gebu Ai ling mahu ke sekolah mahu belajar kira-kira bila besar, duit berjuta Ai ling mahu punya mahu beri pada niang, mahu beri pada baba basikal baba mahu Ai ling tukar kereta Ai ling punya ramai kawan mereka semua orang pekan kotak pensil boleh ditekan-tekan bukan kain jahitan seperti yang Ai ling punya beg mereka bukan sekadar jenama Swan bukan juga berhias tampalan seperti yang Ai ling punya Ai ling di suatu ruang di pasar tani semeja sayur Ai ling jagai datang Mak Limah, Mak Senah, Mak Biah dan Pak Ali membeli, Ai ling menjumlah sepantas kuda lari Ai ling sering dipuji, anak bijak kata mereka anak cina, maka dia pandai kira-kira Ai lin