Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Pesan Emak

kini engkau dah anak dara pandai sudah bermain cinta ingatlah engkau akan agama nafsu tak kalah kaulah binasa kalau ada yang tertarik hati jangan pandai berjanji sendiri bawa ke sini nak 'interview' lagi bolehkah mengimam 5 kali sehari kalau engkau sudah bersuami pandai-pandailah jaga 'body' sebaik mana pun orang laki mahu dia yang layak dipuji sungguh lidah lagikan tergigit jangan sampai tercabut gigi sungguh amarah datang menghimpit jangan sampai saling membenci sungguh engkau mengaji tinggi haruslah ke dapur kerap sekali sungguh berkat air tangan isteri suami lekat tak cari ganti kalaupun berumah sebesar agam sampah menimbun boleh tenggelam bawa-bawalah bercucuk tanam jaga kebersihan luar dan dalam kalaupun dunia bergunung ganang selalu dicangkul menjadi ladang kalaupun punya bertimbun wang harus tahu belanja ditimbang kalau sudah beranak pinak jangan ke bibik dilepas semua memanglah lelah menjadi emak namun anak amanah Yg Esa

Lirikan Pergi

Hari tu... Hari tu nama mu nama ku Hari ni, eh aku dah keliru? Hari tu pantang tak lintas di mata terus hati tertanya-tanya Hari ni sehari tak nampak pun tak apa kata hati, aku dah biasa Kalau hari tu marah pun manis hari ni senyum pun bengis ketawa dikatanya sinis usah diharap lagi berpuitis Hari tu, lukamu aku rawat resahmu hatiku sarat Hari ni, pandai2lah kau cari ubat aku mmg selalu tak ingat yang hari tu, semuanya madu hanya engkau di hati ku selalu yang hari ni, oh mana boleh begitu 'hidup I bukan hanya ada you !' oh, apa dihitung hari nan mendung kalau dah belayar teruslah mendayung hukum alam tak mungkin dibendung tugas mentari kan terus bersambung itulah org tua2 bilang; lain hulu lain lah parang lain dulu lain lah sekarang namun, biarlah hari tu indah hari ni gundah hari esok. lain pula kisah. :: diinspirasikan oleh tulisan seorang teman; Lirikan Lalu  (silalah baca tulisan beliau!) ::