Skip to main content

Posts

antara aku dan matahari

hari ini, aku bertembung dengan matahari sungguh indah wajah berseri-seri padanya, sebaris senyum ku beri lalu ku tanya khabarnya pelangi si matahari terhenti senyumnya tiba-tiba mati dan tiada jawab diberi lalu sekali lagi, aku bertanya... "hei matahari apa khabar pelangi?" lembut, bahuku dipaut pandangan kami bertaut lalu matahari mula menyahut "aku datang padamu, dinginmu ku selimut... dan cahaya ku kau sambut... tapi mengapa.. mengapa pelangi yang sering kau sebut..??? sedang datangnya selepas ribut, juga dia memerlukan aku untuk berpaut" pada seraut wajah matahari ku renungi rasa bersalah mula memenuhi namun aku reda sendiri lalu bicara ku lagi... "hei matahari, bukankah kau bagiku selalu di sisi? bukankah, kau akan sering kembali? bukankah pabila kau pergi, aku menyeru kau kembali?" "hei matahari, aku tidak perlu bertanya tentang dirimu kerana kau selalu ada kerana sinar mu tidak akan reda... sedang pelangi, da...

Rumah itu

Ada sebuah rumah yang luar biasa rekaanya, sungguh indah. Rumah itu terbahagi kepada beberapa ruang, seperti kebiasaan sebuah rumah. Bergantung pada pergerakan dalam rumah tersebut, luaranya berubah-rubah. Sewaktu awal terbinanya rumah itu, kebersihan dan keindahan selalu terjaga. Lamannya indah tanpa cela Malam-malamnya bersinar bagai mutiara bercahaya Ruang dalam menjanjikan kehidupan yang sungguh selesa Ah, sungguh... rumah itu idaman sesiapa. Namun rumah itu, sampai bila-bilapun tuanya tetap sama. Rumah itu miliknya atas nama dan nyata, sekalipun kadang-kadang dia merasa jemu. Semakin lama dia menghuni rumah itu semakin banyak perubahan yang berlaku Ada masa,dia sungguh malas mengemas rumah itu Dibiar dipenuhi habuk dan debu Namun, pabila nafas menjadi sebu Baharulah tersedar lantas menyapu Tidak kurang juga hari-hari yang dia menjadi rajin tidak menentu Tidak dibiar sebarang sawang mahupun debu Digilap segala perabot dan pasu Dihias dinding dengan lukisan-luk...

Ada Seorang Abang

Ada seorang abang Kadang-kadang Suka marah, sungguh garang Ada seorang abang Suka ketuk suka luku kata-kata... Aduh mak, menikam ke kalbu! Ada seorang abang Panggil sayang? Ah... amatlah jarang Ajak bersembang? Ceritanya panjang, hujungnya hilang Ada seorang abang Disanggahnya pantang Mahunya selalu menang Ada seorang abang Tiadalah disanjung ramai orang Tiada disorak saat bertandang Namun suatu saat yang gersang Ada seorang adik menjadi hilang Dialah seorang abang yang datang Menghulur sayang Memaut pulang Dan... Dihati adiknya Dialah bintang.... -kiambang- 06102009 ::Aku tuliskan buatmu, abang... Aku mungkin bukan adik yang terbaik... dan aku mungkin tidak akan mampu membalas budimu... Aku cuma mahu kau tahu... untukku, kaulah bintang...::

Maaf

masih aku simpan cerita itu di dalam kotak hitam di bawah tilam masih aku simpan senyum itu di dalam bekas emas berbalut kertas masih aku simpan suara itu di dalam balang kaca di atas meja cuma, aku pura-pura lupa           pura-pura suka           pura-pura senja           pura-pura buta cuma aku... mata aku lagi buru mencari kamu saat pandang tiada  tamu labirin aku lagi sepi mahu dengar bisik hatimu hati aku lagi rindu saat senyummu menjadi beku cuma... lidah aku lagi kelu... tidak bisa bertanya... teman, bagaimana harimu? maka, maafkan aku... -kiambang- 06092009 ::moga ramadhan mu lebih sempurna.... dan moga diam tidak memadamkan ukhwah yg semakin matang usianya..moga ada maaf untukku yg tidak bisa sempurna tingkah dan cara...::

Kambing

hei kamu matahari terang hari sudah siang "aku tak peduli" hei kamu ternganga sudah pintu kandang kambing nanti hilang "aku tak peduli" hei kamu kambing meliar ke rumah jiran kelak dimamah segala tanaman "aku tak peduli" hei kamu datang mengadu Pak Samat bunga kertas diragut lumat "aku tak peduli" hei kamu sudah petang kambing belum pulang "aku tak peduli" hei kamu awan hitam, langit kelam mungkin hujan nanti malam "aku tak peduli" hei kamu malam sudah lewat hujan amat lebat "aku tak peduli" hei kamu pergi mati aku benci "......................." kiambang 14082009

Ai ling

diinspirasikan daripada irama ini: Ai ling anak cina tanjung pinang merenung langit petang menanti baba pulang Ai ling anak cina rambut bertocang bermain seorang dengan patung hitam arang dan basikal usang yang sebentar tadi, baba bawa pulang Ai ling ke dapur menolong niang meniup dapur kayu muka hitam penuh abu dibersih di air lalu pipi itu kembali gebu Ai ling mahu ke sekolah mahu belajar kira-kira bila besar, duit berjuta Ai ling mahu punya mahu beri pada niang, mahu beri pada baba basikal baba mahu Ai ling tukar kereta Ai ling punya ramai kawan mereka semua orang pekan kotak pensil boleh ditekan-tekan bukan kain jahitan seperti yang Ai ling punya beg mereka bukan sekadar jenama Swan bukan juga berhias tampalan seperti yang Ai ling punya Ai ling di suatu ruang di pasar tani semeja sayur Ai ling jagai datang Mak Limah, Mak Senah, Mak Biah dan Pak Ali membeli, Ai ling menjumlah sepantas kuda lari Ai ling sering dipuji, anak bijak kata mereka anak cina, maka dia pandai kira-kira Ai lin...

ajari aku menari

intaian dari jendela seni tampak wajah penuh misteri seperti mirat cinta yang retak berbirat luka nan sebak namun masih anggun dibias cahaya kilau tetap memukau mata tak terpaling tatap pada redup mata dihadap pada indah tari dirai pada lunak suara menyanyi apa azimat dilempar hingga nurani diamuk gentar ......... jendela terkuak sejengkal merangkak seanjak menapak ke pentas seni ingin turut menari kendati janggal kaki berdiri .......... menemani, adakah sudi? kiambang 23062007 :: alam seni... aku orang baru.. baru mula, belum tahu, lambat reti... namun tidak ingin terus di lembah ini.. puncak ingin ku daki... seni aspirasi diri... ajari aku siapa yang sudi~