20110118

Lirikan Pergi

Hari tu...

Hari tu nama mu nama ku
Hari ni, eh aku dah keliru?

Hari tu pantang tak lintas di mata
terus hati tertanya-tanya
Hari ni sehari tak nampak pun tak apa
kata hati, aku dah biasa

Kalau hari tu marah pun manis
hari ni senyum pun bengis
ketawa dikatanya sinis
usah diharap lagi berpuitis

Hari tu, lukamu aku rawat
resahmu hatiku sarat
Hari ni, pandai2lah kau cari ubat
aku mmg selalu tak ingat

yang hari tu, semuanya madu
hanya engkau di hati ku selalu
yang hari ni, oh mana boleh begitu
'hidup I bukan hanya ada you!'

oh, apa dihitung hari nan mendung
kalau dah belayar teruslah mendayung
hukum alam tak mungkin dibendung
tugas mentari kan terus bersambung

itulah org tua2 bilang;
lain hulu lain lah parang
lain dulu lain lah sekarang

namun,
biarlah hari tu indah
hari ni gundah

hari esok.
lain pula kisah.


:: diinspirasikan oleh tulisan seorang teman; Lirikan Lalu (silalah baca tulisan beliau!) ::

1 comment: