hanya mimpi
hanya mimpi
hanya mimpi
Ah, alangkah aku berharap hanya mimpi
setidaknya sekadar lintasan imaginasi
atau kerdipan ilusi sebuah puisi
tapi tidak, tidak sekali
kau dan aku tahu
semalam itu masih di situ
mengisi waktu berlalu
bercerita tentang pusara rasa mahu
tentang suatu pengkebumian rindu
dalam separa sedar
bicara kau ada namanya
dalam separuh hindar
cerita aku ada samanya
kita adalah sama
cumanya aku, tidak pernah berkata,
"dia itu lebih sempurna".
::kalaulah masa lalu itu boleh dipadam dengan butang 'delete'...bukankah lebih mudah? bagaimana mahu tidak merasa? bagaimana mahu berkata, "hei,bisakah jangan bandingkan aku dan dia"? bagaimana mahu palingkan wajah ke hari esok semata? ah! aku tak tahu, aku tak endah!::

Comments
Post a Comment