kini engkau dah anak dara pandai sudah bermain cinta ingatlah engkau akan agama nafsu tak kalah kaulah binasa kalau ada yang tertarik hati jangan pandai berjanji sendiri bawa ke sini nak 'interview' lagi bolehkah mengimam 5 kali sehari kalau engkau sudah bersuami pandai-pandailah jaga 'body' sebaik mana pun orang laki mahu dia yang layak dipuji sungguh lidah lagikan tergigit jangan sampai tercabut gigi sungguh amarah datang menghimpit jangan sampai saling membenci sungguh engkau mengaji tinggi haruslah ke dapur kerap sekali sungguh berkat air tangan isteri suami lekat tak cari ganti kalaupun berumah sebesar agam sampah menimbun boleh tenggelam bawa-bawalah bercucuk tanam jaga kebersihan luar dan dalam kalaupun dunia bergunung ganang selalu dicangkul menjadi ladang kalaupun punya bertimbun wang harus tahu belanja ditimbang kalau sudah beranak pinak jangan ke bibik dilepas semua memanglah lelah menjadi emak namun anak amanah Yg Esa ...