Skip to main content

Tuhan

Tuhan, dalam sedar aku ingkar. Berkhayalkan kayangan saat langkah tempang dipersimpangan. Keluh kesah dalam hujan rahmat Mu yang mencurah… Mata yang ada, ku pandang lelah hamparan hidayah. Rakus ku damba nikmat dunia memperhamba, Oh alangkah hina. Lari aku saat Kau mampiri. Pabila tersaruk langkah berduri, baru Engkau ku cari. Saban aku menagih simpati dan dimengerti sedang pengertian itu dari mu Ilahi, Pencipta segala di langit dan di bumi.

Tuhan, aku khianati diri. Membiar taubat tertunda lewat… Mendekat nafsu yang melaknat. Tidak aku terdaya melawan melainkan dengan kekuatan dari Mu Tuhan… Aku pohon Oh Tuhan, seagung keampunan… aku yang dipersimpangan, antara kemahuan dan ketaatan… antara syaitan dan iman.

Tuhan, esok yang samar ku nanti tak sabar, sedang mungkin di senja ini maut menyambar. Ku nanti masa yang terindah untuk kembali sujud menyembah, sedang masa itu, milikMu ya Allah…

Tuhan, aku lelah pada setapak langkah yang baru mula… Aku tewas pada madah pujangga bersandiwara… Aku mengharap mimpi bertandang ke realiti dalam keadaan aku tercari-cari mana singgah untuk seketika ku berhenti, melepas lelah di sudut hati.

Tuhan, aku mendahulu dunia dalam cinta. Memikirkan menang di persada sorak manusia dan lupa janji indah singgahsana syurga. Pabila yang seangkatan menjadi saingan, aku sungguh rasa kehilangan… sungguh oh Tuhan, setiap percaturan pada Mu terebah ketentuan. Tangan yang hampir bertautan menolak aku keseberangan, agar dipaut dahan yang tak kesampaian… Aku serahkan pada mu Tuhan, mana gerangan untuk ku berteman…

Tuhan, aku yang kejauhan… memohan kasih Mu… Aku yang kelelahan… Jangan Kau serahkan diriku kepada diriku, nescaya aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka akan mengabaikan ku...

Tuhan, dengarkan… rintihan aku yang kelalain… Sungguh, kau Maha Mendengar lagi Mengetahui.

Comments

  1. aku yang kejauhan... sendirian terabai.. sendirian terleka... dengan gelumang gemar manusia.. dalam dunia sementara...

    aku yang kejauhan, sangat mudah terlupa, dan sangat hina.


    terima kasih kerana berkongsi~

    ReplyDelete
  2. kita semua ada masanya lalai.. namun tuhan masih sayang kerana memberi kesedaran... berkongsi dari hati yang sendiri masih terbuai ke sana ke mari... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ketukan

Diketuk kamar hati.... Dari jendela rasa Ku intai wajah tamu Kamu rupanya Mengapa kamu datang? Hadirmu tiada aku undang Aku larikan renung Dari wajah kamu yang mendung Tidak aku tidak, mahu memandang Tapi mengapa? Mengapa di hati wajah terbayang? Diketuk kamar hati... Tidak aku tidak, buka pintunya lagi Kerana bersama kamu, tiada hadir pasti Bahawa seruang kecil hati ini Bisa kamu miliki. -kiambang- 06082008 :: Sebuah puisi lama, ketemu dalam nota...

aku yang rindu

apa khabar bangsaku sayup suara kau lagukan bernada sayu apa berita gembira dicanang hanya palsu gembar-gembur anakmu menjadi wira melayu apa semua hanya tokong batu sekadar gah untuk sejeda waktu lalu dikubur di dalam kuil berdebu dari intaian rindu aku menatap redup wajahmu mamanggil ratap pada belikat cita-cita yang ranap dipendam mimpi menjadi misteri menjelma karutan mistik nan ngeri tamadun menua tanpa jiwa ruhmu koma dalam dakapan masa tinggal jasad kosong tiada makna keris sakti sekadar pusaka tersisip rapi tiada gunanya pundak mu tegak tak mampu berpencak wajahmu mu segak tingkahmu tidak bijak suara mu lunak lagumu tidak enak ke mana gah keramat dicampak mengapa sumpah tidak ditebak gemiring air matamu tak terseka mengapa dibiar laknat menyiksa sedang kau punya asa dan daya menyeru pulang ruhmu nan mulia pangku wajahmu nan layu tak ke puncak ratapmu itu andai ayun langkah tidak menyatu bangsaku teriakmu biar gentar beribu batu khidmatmu biar ke segenap benua bertamu namun jang

Ayah

Malam-malam yang kelam Degil mata tidak mahu pejam Dipasak anak mata pada atap berwarna suram Direnung dinding kayu berselumbar tajam Ditatap almari kelabu bercorak hitam Dibolak balik badan di atas tilam Ayah masih berjaga di larut malam Semalam, ayah melakar sebuah kisah Sekajang memoir bertinta darah Seraut perjuangan menjadi sejarah Namun, sejarah itu menjadi khazanah Tersimpan di cerok rumah Terkambus dan tetimbus dek tanah Tanpa cangkul di tangan Ayah mengali semula kenangan Berputar ligat di enjin fikiran Menyelak helai-helai perjuangan Merungkai simpul-simpul pengorbanan Mengusap luka-luka yang terkesan Bukti cinta yang tak dimengertikan Pada lewat usia meniti senja Ayah menyaksi negara merdeka Dari sebangsa kini tiga warna Dari berbasikal kini berkereta Dari tanah merah kini jalan raya Dari rumah papan kini berbatu bata Ayah kerut dahi tertanya-tanya Apa ini benar-benar kita? Pada lewat usia meniti senja Ayah menyaksi anak-anak mendewasa Dari dungu menjadi cikgu Dari serba kur