Tuhan, dalam sedar aku ingkar. Berkhayalkan kayangan saat langkah tempang dipersimpangan. Keluh kesah dalam hujan rahmat Mu yang mencurah… Mata yang ada, ku pandang lelah hamparan hidayah. Rakus ku damba nikmat dunia memperhamba, Oh alangkah hina. Lari aku saat Kau mampiri. Pabila tersaruk langkah berduri, baru Engkau ku cari. Saban aku menagih simpati dan dimengerti sedang pengertian itu dari mu Ilahi, Pencipta segala di langit dan di bumi.
Tuhan, aku khianati diri. Membiar taubat tertunda lewat… Mendekat nafsu yang melaknat. Tidak aku terdaya melawan melainkan dengan kekuatan dari Mu Tuhan… Aku pohon Oh Tuhan, seagung keampunan… aku yang dipersimpangan, antara kemahuan dan ketaatan… antara syaitan dan iman.
Tuhan, esok yang samar ku nanti tak sabar, sedang mungkin di senja ini maut menyambar. Ku nanti masa yang terindah untuk kembali sujud menyembah, sedang masa itu, milikMu ya Allah…
Tuhan, aku lelah pada setapak langkah yang baru mula… Aku tewas pada madah pujangga bersandiwara… Aku mengharap mimpi bertandang ke realiti dalam keadaan aku tercari-cari mana singgah untuk seketika ku berhenti, melepas lelah di sudut hati.
Tuhan, aku mendahulu dunia dalam cinta. Memikirkan menang di persada sorak manusia dan lupa janji indah singgahsana syurga. Pabila yang seangkatan menjadi saingan, aku sungguh rasa kehilangan… sungguh oh Tuhan, setiap percaturan pada Mu terebah ketentuan. Tangan yang hampir bertautan menolak aku keseberangan, agar dipaut dahan yang tak kesampaian… Aku serahkan pada mu Tuhan, mana gerangan untuk ku berteman…
Tuhan, aku yang kejauhan… memohan kasih Mu… Aku yang kelelahan… Jangan Kau serahkan diriku kepada diriku, nescaya aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan kau serahkan aku kepada orang lain, nescaya mereka akan mengabaikan ku...
Tuhan, dengarkan… rintihan aku yang kelalain… Sungguh, kau Maha Mendengar lagi Mengetahui.
aku yang kejauhan... sendirian terabai.. sendirian terleka... dengan gelumang gemar manusia.. dalam dunia sementara...
ReplyDeleteaku yang kejauhan, sangat mudah terlupa, dan sangat hina.
terima kasih kerana berkongsi~
kita semua ada masanya lalai.. namun tuhan masih sayang kerana memberi kesedaran... berkongsi dari hati yang sendiri masih terbuai ke sana ke mari... :)
ReplyDelete