Skip to main content

Rumah itu

Ada sebuah rumah yang luar biasa rekaanya, sungguh indah.
Rumah itu terbahagi kepada beberapa ruang, seperti kebiasaan sebuah rumah.
Bergantung pada pergerakan dalam rumah tersebut, luaranya berubah-rubah.

Sewaktu awal terbinanya rumah itu, kebersihan dan keindahan selalu terjaga.
Lamannya indah tanpa cela
Malam-malamnya bersinar bagai mutiara bercahaya
Ruang dalam menjanjikan kehidupan yang sungguh selesa
Ah, sungguh... rumah itu idaman sesiapa.

Namun rumah itu, sampai bila-bilapun tuanya tetap sama.
Rumah itu miliknya atas nama dan nyata, sekalipun kadang-kadang dia merasa jemu.
Semakin lama dia menghuni rumah itu semakin banyak perubahan yang berlaku

Ada masa,dia sungguh malas mengemas rumah itu
Dibiar dipenuhi habuk dan debu
Namun, pabila nafas menjadi sebu
Baharulah tersedar lantas menyapu

Tidak kurang juga hari-hari yang dia menjadi rajin tidak menentu
Tidak dibiar sebarang sawang mahupun debu
Digilap segala perabot dan pasu
Dihias dinding dengan lukisan-lukisan mahal dan baru

Pelbagai manusia datang dan berlalu
Ada yang hanya sebentar bertamu
Ada juga yang lama menumpang
Tidak kurang ramai yang sering lalu lalang
Pernah rumah itu menjadi persinggahan lama seseorang
Sehingga seolah-olah telah menguasai sebuah ruang

Namun sayang...
Ruang yang diberi milik menjadi tidak terurus
Dicemari dengan sampah dan hingus
Lalu, dia pemilik rumah menyuruh berambus
Kerana jika dibiar, dalam kotoran rumah itu terkambus

Dibalik rasa jemu dengan rumah itu, semakin hari semakin sayang
Semenjak perginya orang menumpang
Dia si pemilik rumah tinggal seorang
Menghabiskan masa menggilap kesan kotoran hingga hilang

Rumah itu kembali menjadi terang
Dia merasa sungguh indah dan tenang
Tak perlu lagi menegur dan mengarah orang
Semata-mata untuk menjaga sebuah ruang

Rumah itu kini indah
Ya, sekali sekala apabila malasnya tiba
Adalah sedikit dua celanya
Namun kemudian sedaya upaya dicuci semula
Dia menjadi semakin rajin menjaga
Cuma kadangkala kemalangan kecil terjadi jua
Seperti, tertumpahnya secawan kopi di ambal putih di tepi meja

Juga...
Dia semakin suka membiarkan lamannya merimbun
Dengan dipenuhi bunga pelbagai warna dan juga daun
Sehingga tersembunyi dalam indahnya samun

Masih ramai manusia yang lalu lalang
Cuma sudah tidak ramai yang memandang
Kerana yang terlihat, hanya pohonon yang menghutan
Bukan rumah yang mempesonakan

Dia tidak peduli
Kerana baginya, pasti..pasti nanti
Ada yang bakal lalu dan terhenti
Menyaksi sebuah rumah di balik laman misteri

Cuma.... sekali lagi cuma...
Kadang-kadang, dia merasa sunyi
dan sebuah ruang yang dijaga dan dikunci rapi
minta diisi...

Kiambang
07102009

Comments

  1. Assalamualaikum wbt.

    Rumah siapakah itu yang dibiarkan semak samun.

    ReplyDelete
  2. Wslm... rumah itulah... org itu.. tp bukan semak samun ya! samun yang indah... tak semak pun~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayah

Malam-malam yang kelam Degil mata tidak mahu pejam Dipasak anak mata pada atap berwarna suram Direnung dinding kayu berselumbar tajam Ditatap almari kelabu bercorak hitam Dibolak balik badan di atas tilam Ayah masih berjaga di larut malam Semalam, ayah melakar sebuah kisah Sekajang memoir bertinta darah Seraut perjuangan menjadi sejarah Namun, sejarah itu menjadi khazanah Tersimpan di cerok rumah Terkambus dan tetimbus dek tanah Tanpa cangkul di tangan Ayah mengali semula kenangan Berputar ligat di enjin fikiran Menyelak helai-helai perjuangan Merungkai simpul-simpul pengorbanan Mengusap luka-luka yang terkesan Bukti cinta yang tak dimengertikan Pada lewat usia meniti senja Ayah menyaksi negara merdeka Dari sebangsa kini tiga warna Dari berbasikal kini berkereta Dari tanah merah kini jalan raya Dari rumah papan kini berbatu bata Ayah kerut dahi tertanya-tanya Apa ini benar-benar kita? Pada lewat usia meniti senja Ayah menyaksi anak-anak mendewasa Dari dungu menjadi cikgu Dari serba kur

The Day I Thought I Liked You (Love in Laugh and Loo)

The day I thought I liked you All the tweak and twist at the corner of your face seemed like a smile to me The actual profuse smiles of yours, were like stars that rained upon me Your eyes twinkled like glitters from a fairy’s wand, waving sending me spinning in a galaxy of a romantic hope Hope and belief, that I liked you The day I thought I liked you Your laughter sounded like rhythm of the ocean waves Full of energy from an orgy of the marine life dancing in carousel at the deep of your soul Your boisterous mirth in the loudness of a masculine voice tickled me like a mermaid’s hand carousing a harp made of wind howl then I laughed with you and thought I really liked you The day I thought I liked you Your sorrow was painful but beautiful Every crack in your voice when you spoke of your sadness was like the thumping sound of an angry angel’s singing, sending a throbbing shock to my heart, grasping with

Ketukan

Diketuk kamar hati.... Dari jendela rasa Ku intai wajah tamu Kamu rupanya Mengapa kamu datang? Hadirmu tiada aku undang Aku larikan renung Dari wajah kamu yang mendung Tidak aku tidak, mahu memandang Tapi mengapa? Mengapa di hati wajah terbayang? Diketuk kamar hati... Tidak aku tidak, buka pintunya lagi Kerana bersama kamu, tiada hadir pasti Bahawa seruang kecil hati ini Bisa kamu miliki. -kiambang- 06082008 :: Sebuah puisi lama, ketemu dalam nota...