20130908

Rabu Lalu

telah berlaku, maksudku berlalu
sejak hari itu, hari Rabu, 
bukan! ianya Sabtu.

satu persatu
dalam kiraan beribu
abjad-abjad waktu

aku tidak lagi di situ
cerita baharu, baru! 
ejaan baru untuk baharu itu baru.
oh, selingan di situ.

iya! seperti kata ibuku
masin mulut mu
garam suapan ku
kini akan berlalu
maksudku berlaku!




No comments:

Post a Comment