20110703

Papan Batu

Dia menulis dalam jaga
dengan mata dipaksa dibuka
berharap tiada kona-kona
pada garis baca aa ba ta

Dia menulis bagai di sisi ada guru
yang kan menilai setiap helaian buku
kelak dilapor pada bapa atau ibu
anak ini semuanya tidak tahu, membawa malu!

Dia menulis tidak laju
abjad dan ayat tesusun satu persatu
sendi jemari dan otot lengan masih kaku
entah bila baharu maju
mereka beritahu, menunggu siap sebuku
harusnya kucing bertanduk beroleh cucu

Dia menulis memang begitu
namun, sekurang-kurangnya
dia tidak berhenti di situ.

Jangan bilang sebarang,
aku bersama kamu, penulis itu.

No comments:

Post a Comment