pongah sudah aku berlari di sisir naluri mencari mana satu sebenarnya yang aku mahu erti pergi, ataukah mendampingi saat kalut meribut terhidupkah dengan memori enggan kabut terkadang benci terkadang sangsi bertanya lagi dan lagi sama sang nyawa sanggupkah? sanggupkah? sanggupkah? berulang dalam mimpi menjadi misteri siapa tahu kalau dibiar kelu mungkin akhirnya membeku seperti asin laut getar ke alur menjadi hambar sanggupkah? sanggupkah? sanggupkah? dengan lensa imaginasi melayang dalam angan petang dan akhirnya aku pulang tiada yang hilang, cuma sayang.