Buatmu isteri
Keluhmu bagai onar seni
Menari di sisir belahan hati
Dalam halus bahasa suci
Membekam aku ke rapuh nurani
Aku yang tidak erti
Akan cemburu mu tak kenal tepi
Akan cintamu yg terlalu misteri
Kau isteri
Pada kudrat ini aku bersaksi
Hanya kau mentari di dasar hati
Isteriku
Masa lalu itu memang begitu
Bertamu pada sela waktu
Pada tika yang kita tak mahu
Lalu dengarkan suara jiwa
Aku lagukan dengan nada cinta
Pada usia begini
Jenuh sudah ranjau ditinjau
Jauh sudah langkah bertingkah
Pelbagai sudah negeri ditelusuri
Panjang sudah hikayat tuk dikenang
Lalu pada usia begini
Tiadalah yang lebih bererti
Melainkan adanya kau di sisi
Wahai isteri.
:: Balik hari tu, banyak sangat dengar kisah rumah tangga dan poligami... eh, apa kaitan?::
Keluhmu bagai onar seni
Menari di sisir belahan hati
Dalam halus bahasa suci
Membekam aku ke rapuh nurani
Aku yang tidak erti
Akan cemburu mu tak kenal tepi
Akan cintamu yg terlalu misteri
Kau isteri
Pada kudrat ini aku bersaksi
Hanya kau mentari di dasar hati
Isteriku
Masa lalu itu memang begitu
Bertamu pada sela waktu
Pada tika yang kita tak mahu
Lalu dengarkan suara jiwa
Aku lagukan dengan nada cinta
Pada usia begini
Jenuh sudah ranjau ditinjau
Jauh sudah langkah bertingkah
Pelbagai sudah negeri ditelusuri
Panjang sudah hikayat tuk dikenang
Lalu pada usia begini
Tiadalah yang lebih bererti
Melainkan adanya kau di sisi
Wahai isteri.
:: Balik hari tu, banyak sangat dengar kisah rumah tangga dan poligami... eh, apa kaitan?::
Comments
Post a Comment