Hai Pak Cik berbaju segak
Kerut diwajah jelas ternampak
Laju sungguh pak cik menapak
Ke mana tuju tak bisa diagak
Oh! Maaf kerana mengekori
Langkah kita searah menari
Pakcik, mungkin atuk sebenarnya
Kedut di dahi membilang usia
Pasti banyak sudah, garam dirasa
"Apa ceritamu tentang dunia?"
Eh, tak apakah saya bertanya..
Pakcik jalan laju tak mahu henti
Langkah pantas tiba-tiba mati
Ke arah kiri mata mu memerhati
Wah, sejambangan bunga dibeli!
"Untuk makcikkah itu nanti?"
Maaf pakcik, menyibuk lagi.
Oh, di simpang ini kita sudahi...
Hingga sampai ketemu lagi.
Babai!
:: Mahu ke studio dan sewaktu dalam perjalanan, bersaing langkah dengan seorang tua separuh usia, gayanya seperti baru pulang dari kerja... bersama jambangan ros segar di tangan dan sipi-sipi senyuman pabila ke arah ros matanya memberi renungan... mungkin untuk yang tersayang =) ::
Comments
Post a Comment