Sekali selingkuh, selamanya mencemuh
Segala angkuh, payah terbunuh
Ah manusia, sundal dalam suluh!
Sial dalam rapuh...
Hei jiwa, sudahlah mengeluh
Tak ke mana kudrat disimpuh
Bawalah bangun menyembah
Apa diturut rasa payah
Tuhan itu ada!
Bodoh. Ada ara tak mahu berteduh
Sakit sikit,lantas mengaduh
Dibaham semut rasa terbunuh
Memarkir kapal tak labuh sauh.
Manusia bodoh, tapi ketawanya jenuh!
Hei...
sana, ke sana cuba paling
kalaupun langkah rebah berguling
Tuhan kan ada!
Tangan dikurnia bawalah menadah
Kenapa bongkak dengan Allah?
Ajal sudah dipintu rumah!
Jangan terlambat baru terngadah.
Segala angkuh, payah terbunuh
Ah manusia, sundal dalam suluh!
Sial dalam rapuh...
Hei jiwa, sudahlah mengeluh
Tak ke mana kudrat disimpuh
Bawalah bangun menyembah
Apa diturut rasa payah
Tuhan itu ada!
Bodoh. Ada ara tak mahu berteduh
Sakit sikit,lantas mengaduh
Dibaham semut rasa terbunuh
Memarkir kapal tak labuh sauh.
Manusia bodoh, tapi ketawanya jenuh!
Hei...
sana, ke sana cuba paling
kalaupun langkah rebah berguling
Tuhan kan ada!
Tangan dikurnia bawalah menadah
Kenapa bongkak dengan Allah?
Ajal sudah dipintu rumah!
Jangan terlambat baru terngadah.
baca balik, sendiri terasa! adoi!
ReplyDelete