20100109

Tanya sama Pencipta

Meluhur rasa di simpang dilema
Fakir jiwa hadir berlumur tanya
Kelu bisu segema suara
Sebu sendu di limbungan dada

Carik dada hamba duhai Pencipta
Mencuba pejam membuta kurnia
Luluh dada hamba duhai Pencipta
Mencuba paling mengering rasa

Namun hamba dayanya tiada
Mata nan buta, hati merasa
Lidah nan kelu, jiwa bersuara

Duhai Pencipta
Duhai Pencinta
Tentang sebuah rahsia
Hamba bawa, tanya dan doa.


Kiambang
07011009

No comments:

Post a Comment