20090508

Kurnia

Celik mata disapa suria
Sekalung usia merangkak dewasa
Kelak esok dan esok yang menjelma
Maka dewasa menjadi tua
Ini fitrah kita
Namun bukan janji pasti setiap jiwa
Kerana esok yang menjelma
Bukan milik kita
Hari ini yang diberi nyawa
Bukan milik kita
Semalam yang mencoret cerita
Bukan milik kita
Setiap jiwa ada tarikhnya
Persis segala perkara ada luputnya
Seawal jiwa dberi nyawa
Semurni janji didepan pencipta
Seluhur bersih saat nafas pertama
Seredup cinta si bonda
Ruh dan jasad bersatu mula jejak pertama
Jejak ke sebuah dunia
Ahh.. dalamnya ada pelbagai perkara
Indahnya sementara
Namun kita manusia
Sering lupa dan tergoda
Bergolak dengan dosa pahala
Diiring sedar dan lupa
Benar…kita hanya manusia
Tapi kita didunia, bertamu sahaja
Itu jangan kita lupa
Sekalipun kita pelupa
Jiwa akan kembali ke penciptanya
Ditimbang amal seusia nyawa
Tiket ke syurga mahal harganya
Maka usia janga dipersia
Syukur pada sehari usia yang ada
Esok tidak tahu bagaimana
Usia itu kurnia
Kelak bakal ditanya
Moga nafas sehela menjadi saksi kesyurga
Bukan seabad usia menempa neraka.

-kiambang-

OCT 22, 2007

No comments:

Post a Comment