20090508

Aduhai Cinta

Bila cinta bersuara
Kesukma ditanya
Kemana harus dibawa
Hati yang berbunga
Kuncup kembangnya menjadi rahsia
Aduhai cinta...
Bukan manusia menentukan letaknya
Bukan pandangan menentukan gerangan
Bukan keramat menentukan saat
Bukan sukma menentukan tema
Aduhai cinta...
Bila ke tuhan disandarkan cerita
Bila ke tuhan direbahkan rahsia
Hujungnya tiada kecewa
Bertemu jua kumbang dan bunga
Menjalin cinta di lembayung Yang Esa
Aduhai cinta...
Kasih bukan sekadar nama
Cinta bukan sekadar suara
Hanya yang mengerti bisa dimengertikan.

-kiambang-
04022009

:: puisi ini adalah sejambak hadiah perkahiwinan untuk seorang teman.. moga beliau bahagia melayari alam rumah tangganya~

No comments:

Post a Comment